Posts

Wake me up when September ends

Image
Sungguh sekalipun wajah masih terbayang, kini jasadnya sudah hilang.. Semoga yg baik2 utk dia "disana" dan yg baik2 utk yg disini juga.. Menerima suatu kehilangan amat sukar dan memerlukan masa utk melupakan segalanya. Lupa bukan bermakna buang tp sekadar utk melupakan 'kejutan' dan terus bangkit segera memulakan lembaran baru dalam hidup. Skrip hidup msih perlu diteruskan.. Setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi. Dia pergi dulu tanda Allah lbh sygkan dia..kita didunia adakah sudah cukup bekalan utk ke sana?  Allah..sungguh aku belum bersedia. Belum cukup sempurna aku mendidik anak2 kecilku ..mengajar mereka mengenai agamaMU..blm cukup sempurna aku melayani suamiku..layakkah aku dambakan syurga? Sedang neraka pun aku tak rela..
Image
Merasai kemanisan IMAN melalui 3 perkara: -kasihkan Allah dan Rasul mengatasi segala yg lain. -kasihkan saudaranya semata2 kerana Allah. -bencikan kekufuran sebagaimana dia takut dihumbankan ke neraka.